Alamat PPD
JKR BP 2350(P), Jalan Zaharah,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Tak'zim.
  Telefon : 07-4342201
  Faks     : 07-4343226
  Email    : ppd_bp@moe.gov.my 

 

Info PPDBP
Friday, 20 October 2017
A+ R A-
Akses : Awam
68 daripada 175 sekolah telah membaca artikel ini. | Senarai Sekolah Belum Membaca Artikel Ini. | Senarai Sekolah Telah Membaca Artikel Ini |

MAKLUMAN KEMASUKAN MURID BAGI PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN JANUARI 2018

Dengan segala hormatnya surat No Rujukan KPM.800-1/1/13 JLD.7(36) bertarikh 27 September 2017 mengenai perkara di atas adalah berkaitan.

2. Untuk makluman tuan, Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional (BPTV) akan melaksanakan pengambilan murid bagi Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ambilan Januari 2018.

3. Sehubungan itu, bagi tujuan berkenaan aplikasi online boleh dibuat melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 10hb Oktober – 20hb Disember 2017. http://sptv.moe.gov.my

4. Bersama-sama ini dilampirkan surat permohonan dari Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional (BPTV) sebagai makluman dan rujukan pihak tuan. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas boleh terus menghungi pegawai berkenaan.

5.  Untuk maklumat lanjut, sila layari url yang dilampirkan https://moe.gov.my/index.php/my/pemberitahuan/2017/3498-maklumat-kemasukan-murid-bagi-program-vokasional-dan-sekolah-menengah-teknik-ambilan-januari-2018

SEHATI SEJIWA
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA