Piagam Pelanggan PPD Batu Pahat

Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dengan penuh tekad dan iltizam serta berpegang kepada slogan "Selangkah Di Hadapan (One Step Ahead)", "Batu Pahat Top 5", "Batu Pahat LEADS" dan "Batu Pahat Showcase" berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memastikan;

  1. Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan baru dimulakan.

  2. Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga (3) minggu setelah menerima senarai guru maktab dan universiti dari Kementerian Pendidikan. Semua pemohonan pertukaran dalam musim akan diproses mengikut takwim kerja dan permohonan di luar musim akan diuruskan dalam masa satu (1) minggu dari tarikh penerimaan borang.
  3. Memastikan bahwa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah. Semua permohonan diproses oleh JPN dalam tempoh dua (2) minggu hingga satu (1) bulan dari tarikh borang diterima.

  4. Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan.
  5. Memastikan kekosongan jawatan pengetua / guru besar / guru penolong kanan disisi dalam tempoh satu (1) bulan selepas berlaku kekosongan.

  6. Memastikan tuntutan daripada guru dan bukan guru diproses dalam masa dua (2) minggu dari tarikh diterima.
  7. Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran.

  8. Memastikan Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dan sentiasa memberi layanan dari pekhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh lima (5) minit. Segala surat aduan dan rayuan kepada dan menerusi Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh diterima.
  9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

Sekiranya anda kurang berpuas hati

sila hubungi:

Pegawai Pendidikan Daerah 

Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat

JKR BP (P) 2350 , Jalan Zaharah

83000 Batu Pahat Johor

Tel:07-434 2201


© 2021 PPD Batu Pahat. Hak Cipta Terpelihara.