Sektor Pembelajaran

hamidah-web.jpg

MAKLUMAT SEKTOR

FUNGSI SEKTOR

PEMBELAJARAN

1.Menyelaras, melaksanakan aktiviti pembangunan akademik dan mengenal pasti kompetensi serta keperluan latihan berdasarkan bidang kepada pegawai dan kakitangan sokongan yang berkaitan.

2.Memantau, menilai pencapaian akademik serta perlaksanaan langkah-langkah pemulihan dan penambahbaikan.

3.Menggembleng guru-guru cemerlang mengetuai panitia dalam bidang masing-masing.

4.Menyediakan pelantar pembelajaran pembangunan multimedia dan pengurusan pusat sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah dari aspek teknologi pendidikan.

5.Memantau prestasi SISC+ berdasarkan  maklum balas daripada pemimpin sekolah mengenai keberkesanan sokongan kejurulatihan bagi subjek.

6.Menyelaras pengagihan SISC+ serta pegawai-pegawai Pemulihan Khas dan Pendidikan Islam & Dakwah di sekolah-sekolah berdasarkan keperluan.

PENGUPAYAAN PEMBANGUNAN

PEMBELAJARAN SEKOLAH (SISC+)

1.Membimbing dan membangunkan guru dalam aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian.

2.Membuat penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah.

3.Memantau, menilai pencapaian akademik serta pelaksanaan langkah-langkah pemulihan/ intervensi.

4.Membina platform bagi perkongsian dan pertukaran amalan terbaik pengajaran menerusi jaringan dan jalinan dengan pelbagai agensi mengikut keperluan sekolah.

5.Melaksana pembangunan profesionalisme keguruan secara berterusan dalam daerah melalui Continuous Professional Development (CPD) dan Professional Learning Community (PLC).

6.Menggembleng guru-guru cemerlang mengetuai panitia dalam bidang masing-masing.

PENDIDIKAN ISLAM

1.Mengedarkan kurikulum dan dokumen berkaitan kepada sekolah.

2.Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan program dakwah peringkat sekolah dan daerah.

3.Mengurus dan menyelaras aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum Pendidikan Islam/Moral.

4.Menyelia, memantau keberkesanan pelaksanaan Kurikulum dan Kokurikulum Pendidikan Islam/Moral.

5.Menganalisa peperiksaan PAFA dan yang berkaitan.

6.Menyelaras kemasukan pelajar ke kelas aliran Agama.

7.Menyelaras pembangunan profesionalisme guru-guru pendidikan Islam.

8.Membimbing dan membangunkan guru dalam  aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian dalam bidang Pendidikan Islam.

9.Mewujudkan perkongsian dan pertukaran amalan terbaik pengajaran Pendidikan Islam.

10.Menyelaras pembangunan dan  perkembangan guru-guru pendidikan Islam termasuk melalui kursus-kursus dalam  perkhidmatan.

11.Merancang dan menyokong pembangunan dan pelaksanaan program dakwah peringkat sekolah dan daerah.

12.Menerima dan melaksanakan CPD, PLC serta jaringan dan jalinan dalam bidang pedagogi dan kurikulum (Pembelajaran).

13.Jalinan dan jaringan dengan Jabatan Agama Islam Daerah berkaitan pembangunan Pendidikan Islam.

PENDIDIKAN KHAS

1.Membimbing dan membangunkan guru dalam aspek kurikulum dan pedagogi pendidikan khas.

2.Menyelaras, memantau dan melapor pelaksanaan dasar pendidikan khas menepati dasar pendidikan negara.

3.Menyelaras, menilai dan melapor pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum pendidikan khas.

4.Melaksana penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang cekap dan berkesan di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.

5.Menyelaras, memantau,  menilai dan melapor pelaksanaan pengurusan Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif

6.Menyelaras, memantau dan menilai keperluan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran MBK.

7.Menyelaras dan melaksana program Latihan Dalam Perkhidmatan bagi pegawai dan staf.

8.Menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan aktiviti gerak kerja sukan, kokurikulum dan kesenian di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.

9. Menyelaras dan melaksana kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam mengoptimum

PEMULIHAN KHAS

1.Membangunkan strategi pengoperasian program pemulihan khas di peringkat daerah.

2.Merancang, mengurusan, menyelaras dan menilai penguasaan asas literasi dan numerasi 3M bagi murid di semua peringkat persekolahan.

3.Membimbing dan menyelaras program pemantapan dan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk guru pemulihan.

4.Menerima dan melaksana CPD, PCL serta jaringan dan jalinan dalam bidang pembangunan potensi murid pemulihan (pembelajaran).

SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

1.Melaksanakan  aktiviti teknologi pendidikan yang dirancang.

2.Membantu dalam menyediakan bahan pembelajaran dengan menggunakan pelantar pembelajaran.

3.Memberi khidmat sokongan pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah.

4.Membantu penyediaan dan penerbitan bahan PdP dalam pelbagai media mengikut piawai yang ditetapkan.

5.Memantau dan memberi khidmat sokongan pembangunan pusat sumber pendidikan.

6.Mengedar, mempromosi dan memberi khidmat sokongan teknologi pendidikan.

7.Pengauditan penggunaan teknologi dalam PdP dan pengurusan sekolah.

8.Membantu khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah.

9.Menyelaras pengurusan PKG meliputi fasiliti dan keselamatan premis.

10.Bekerjasama dengan Sektor Pembelajaran dalam pelaksanaan kurikulum sekolah berasaskan teknologi pendidikan.

*Pewujudan Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan di PPD adalah bergantung kepada sekiranya ada PKG

 

CARTA ORGANISASI

© 2021 PPD Batu Pahat. Hak Cipta Terpelihara.