Alamat PPD
JKR BP 2350(P), Jalan Zaharah,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Tak'zim.
  Telefon : 07-4342201
  Faks     : 07-4343226
  Email    : ppd_bp@moe.gov.my 

 

Info PPDBP
Tuesday, 24 September 2019
A+ R A-

SOAL SELIDIK PENGURUSAN DAN PROSEDUR KEWANGAN SEKOLAH

  • Category: Kewangan
  • Published: Wednesday, 02 January 2019 10:17
  • Written by PN. MAZLINDA BTE JALAL
  • Hits: 1339

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Dimaklumkan bahawan Bahagian Audit Sekolah (BAS), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan borang soal selidik berkaitan pengurusan dan prosedur kewangan sekolah. Soal selidik yang dikeluarkan ini bertujuan bagi mengenalpasti sejauh mana pemahaman pihak sekolah terhadap prosedur dan tatacara kewangan.

3.    Sehubungan dengan itu, Pegawai Pendidikan Daerah dikehendaki untuk memanjangkan borang soal selidik seperti di Lampiran kepada Pengetua/ Guru Besar/ Pembantu Tadbir Kewangan/ Pembantu di Sekolah Daerah tuan dan mengembalikan soal selidik tersebut kepada BAS Cawangan Muar.  Tarikh akhir maklum balas soal selidik ini adalah pada 8 Januari 2019.      

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MAZLINDA BINTI JALAL

Penolong Akauntan Kanan

Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat