Alamat PPD
JKR BP 2350(P), Jalan Zaharah,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Tak'zim.
  Telefon : 07-4342201
  Faks     : 07-4343226
  Email    : ppd_bp@moe.gov.my 

 

Info PPDBP
Friday, 28 February 2020
A+ R A-

PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH EDISI KE-2

  • Category: Akademik
  • Published: Wednesday, 15 January 2020 10:58
  • Written by EN HIZAM BIN SELAMAT
  • Hits: 616

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat

Tuan,

PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH EDISI KE-2

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan surat Bahagian Pembangunan Kurikulum No. Rujukan KPM.600-3/1/5(34) bertarikh 3 Januari 2020.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat penambahbaikan terhadap Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dan menghasilkan Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi Ke-2.

3. Sehubungan itu, tuan diminta muat turun buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi Ke-2 melalui laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum. (bpk.moe.gov.my) mulai 23 Disember 2019. Pihak tuan perlu menjalankan PLC/Bengkel untuk memastikan guru-guru di sekolah memahami dan melaksanakan penambahbaikan tersebut.