Alamat PPD
JKR BP 2350(P), Jalan Zaharah,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Tak'zim.
  Telefon : 07-4342201
  Faks     : 07-4343226
  Email    : ppd_bp@moe.gov.my 

 

Info PPDBP
Monday, 18 November 2019
A+ R A-

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2019

Pengetua dan Guru Besar,
Semua sekolah daerah Batu Pahat

Tuan ,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengamanahkan Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat menyelaras Program Jelajah Pendidikan KPM Tahun 2019 sebagaimana ketetapan berikut:

        Tarikh   :     24 hingga 26 Oktober 2019 (Khamis hingga Sabtu)
          Masa   :     9.00 pagi hingga 10.00 malam
       Tempat  :      The Summit Batu Pahat

Tarikh Perasmian :     26 Oktober 2019 (Sabtu)
             Perasmi    :     YB. Dr. Maszlee bin Malik
                                      Menteri Pendidikan Malaysia

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput seluruh warga sekolah untuk hadir pada program tersebut bagi mendapatkan informasi dan perkhidmatan melalui kaunter pempamer yang mengambil bahagian. Selain itu pelbagai acara menarik untuk pelajar dan orang ramai juga disediakan. Semoga dengan kehadiran tuan akan dapat menambah kemeriahan program tersebut.

4. Jika terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila hubungi pegawai kami En. Zakila bin Abd Rahman, Penolong PPD (Perancangan) di talian 010-93155900 dan En. Syamsul Hadi bin Tahir, Penolong PPD (Perancangan) di talian 019 7160169. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”